Gabungan 4 Warna:
Lambang sejarah kewujudan Kg. Kuala Merotai, Tawau iaitu hasil penghijrahan penduduk Kampung Serudung, Kampung Berantian, Kampung Semandalan dan sebahagian Kampung Merotai Besar.
Warna Kuning:
Lambang kepatuhan kepada Raja dan Negara serta pemimpin-pemimpin negara.
Warna Hijau:
Menggambarkan persekitaran sekolah dikelilingi oleh ladang kelapa sawit sebagai sumber pekerjaan utama dan pendapatan penduduk Kampung Kuala Merotai, Tawau.
Warna Putih:
Menggambarkan kepercayaan kepada Tuhan , mengamalkan kebersihan dan nilai murni yang menjadi amalan seluruh warga sekolah.
Warna Merah:
Simbol keberanian untuk menghadapi pelbagai cabaran ke arah mencapai cita-cita murni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan