SEJARAH SEKOLAH
LATAR BELAKANG
Sekolah ini mula wujud pada tahun 1965 dikenali sebagai GPS Kuala Merotai Tawau, tidak lama kemudian dinamakan sebagai SRK. Kuala Merotai Tawau. Lokasi sekolah terletak di luar bandar dengan keluasan 3.61 ekar dan jarak sekolah ke bandar sekali perjalanan adalah 45 kilometer. Bangunannya telah dbina oleh LKTNS pertengahan tahun 1965.
Rancangan penempatan Kuala Merotai Tawau telah diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia pada awal tahun 1963 ketika berlakunya kontfrantasi Indonesia – Malaysia. Penduduk Rancangan Penempatan Kuala Merotai berasal dari tiga buah perkampungan yang berasingan dan terpencil iaitu Pulau Simandalan, Brantian dan Serudung Laut. Pada masa ini perkampungan asal mereka itu masih wujud di Rancangan Kuala Merotai, iaitu dikenali sebagai kawasan Simandalan, Brantian dan Serudung. Oleh kerana mereka datang daripada perkampungan kecil dan terpencil maka ramai anak mereka tidak bersekolah. Pada 1 Mac 1966 GPS mula beroperasi dengan jumlah murid seramai 56 orang dan 2 orang tenaga pengajar (guru).
Pengurus LKTNS pada masa itu ialah Encik Paul Yeap dengan kerjasama kuat masyarakat tempatan yang diketua oleh Ketua Kampungnya Encik KK. Ganir Hj. Negara, telah berusaha memohon kepada Kerajaan untuk membina sekolah dan akhirnya berjaya yang dikenali sebagai GPS Kuala Merotai, Tawau. Selepas GPS dikenali sebagai SRK. Kuala Merotai dan kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kuala Merotai, Tawau pada mulanya mempunyai sebuah bangunan kayu mengandungi tiga buah bilik darjah dan satu ruang pejabat pentadbiran dibina oleh LKTNS pada awal tahun 1965.
Pada tahun 1969 satu bangunan tambahan mengandungi dua bilik darjah telah dibina. Jabatan Pelajaran Sabah telah membina satu blok bangunan kayu memuatkan sebuah Pejabat Am, Bilik Guru Besar, sebuah bilik serbaguna dan sebuah bilik darjah pada tahun 1983. Pihak pengurusan LKTNS telah menyerahkan kawasan sekolah seluas 3.61 ekar dan kawasan rumah guru kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, melalui surat Regional Controller, Tawau pada 13 Mac 1984.
Pada tahun 2005 SK. Kuala Merotai mempunyai 6 blok bangunan, 2 blok dibina oleh LKTNS, 1 blok dibina oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, 2 blok konkrit dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan 1 blok konkrit Prasekolah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan-bangunan sekolah yang wujud pada hari ini menyediakan kemudahakan berikut:
1. Bilik A menempatkan Bilik APD dan 2 buah bilik darjah.
2. Bilik B menempatkan Pejabat Am, Bilik Guru Besar, Bilik-bilik
Penolong Kanan, Bilik Guru dan Pusat Sumber Sekolah.
3. Blok C menempatkan Bilik Sains dan 2 buah bilik darjah.
4. Blok D tingkat bawah menempatkan Stor, Bilik PJ, Bilik KH dan Bilik
Muzik & Bilik PSV. Tingkat 1 menempatkan Bilik SPBT dan 3 buah bilik darjah.
5. Blok E - telah diruntuhkan dan tapak tersebut akan digunakan untuk Makmal Komputer.
6. Blok F- Bangunan Prasekolah siap dibina Disember 2004 dan P&P mula beroperasi 3 Januari 2005 dengan jumlah murid 25 orang.
Senarai Guru Besar yang pernah bertugas di SK. Kuala Merotai sejak mula dibina sehingga tahun 2008 :
Bil. |
Nama Guru Besar |
Tempoh Bertugas |
Catatan |
|
Mula |
Akhir |
|||
1. |
Encik
Othman bin Mohamad |
1966 |
1969 |
|
2. |
Encik
Abidin bin Kreah |
1969 |
1970 |
|
3. |
Encik
Mohd. Sabar bin Ag. Besar |
1970 |
1973 |
|
4. |
Tuan
Haji Jaidi bin Haji Mokrin |
1973 |
1989 |
|
5. |
Tuan
Haji Johan bin Buah |
1989 |
1995 |
|
6. |
Encik
Aharun bin Awang |
1995 |
1996 |
|
7. |
Encik
Rahman bin Arifin |
1996 |
1997 |
Ketua
Guru |
8. |
Tuan
Haji Jaidi bin Haji Mokrin |
1997 |
19.1.2004 |
|
9. |
Encik
Abidin bin Moen |
20.1.2004 |
30.3.2004 |
Ketua
Guru |
10. |
Encik
Akhmad bin Haji Monggoh |
31.3.2004 |
17.12.2006 |
|
11. |
Encik
Kafli @ Masri bin Mossli |
18.12.2006 |
31.07.2019 |
|
12. |
Pn.
Marsadiah binti Awang |
01.08.2018 |
14.06.2020 |
|
13. |
Encik
Aman@Nasir bin Sabang |
15.06.2020 |
Kini |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan